BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 12 May 2015

SURAT

SURAT
Oleh : Berg Loqlaq

“Sebarkan surat ini kepada 7 kenalan anda dalam masa 24 jam,musibah akan menimpa sekiranya anda mengabaikan surat ini, mohon pertimbangan.”
Sehelai kertas putih dikeronyok lalu dibuang ke dalam bakul sampah di sebelahnya, Agus menghela nafas panjang, masuk kali ini sudah berpucuk pucuk surat telah dia terima, entah dari siapa, entah apa tujuan surat di hantar kepadanya pun dia tidak tahu. Agus merenung lama bakul sampah yang sudah penuh dengan surat surat berantai tersebut, kemudian dia menggeleng lemah.
“ Siapa lah yang bodoh sangat buat kerja tak berpekdah ni, musibah konon,musibat adalah.Babi.” geram, tapi dalam geram Agus terselit juga perasaan cuak, mana tahu musibah bakal menimpa dirinya kalau dia tidak mengikut arahan surat tersebut.
Dalam fikiran Agus bermacam macam andaian telah dia buat, siapa yang cuba menakut nakut kan dia, siapa yang cuba nak mempermain mainkan dia. Khalid? Yaakop? Atau pun Linggam? nama sahaja rakan sekerja, tetapi perangai tak pernah nak sebulu, asyik nak mengenakan orang sahaja. Perlahan Agus membakar rokok dan mula menghisap, asap dihembus perlahan.
“ Sial.” Agus melemparkan pandangan ke luar tingkap, gelap.
***

“ Agus, apa ni, betul bukan aku buat lah, takkan lah aku nak main main kan kau? Aku kan kawan kau, surat bodoh mana yang kau cakap ni? Aku tak faham lah.” Khalid menepis tangan Agus yang sudah mula menarik kolar baju Khalid.
“ Habis kalau bukan kau sapa? Dalam ofis ni, kau dengan aku ja yang selalu stay lewat malam tau tak? Tak kan Mak Cik Som yang hantar.” Agus sudah seperti orang hilang akal, di rentapnya kolar baju Khalid sekasar kasarnya.
“ Bukan aku lah bodoh! Buang masa aku lah buat benda tu, dah lah, aku malas nak layan kau, emosi tak stabil, gila!” ditolaknya Agus ke dinding lalu Khalid beredar dari situ. Agus mendengus marah, “ Gila? Emosi tak stabil? Heh, korang jangan cuba nak takut takutkan aku lah, ini Agus, anak lelaki sejati.” Agus bercakap seorang diri sambil menghenyakkan badannya di sofa pejabat.
Agus merenung meja kerjanya, sampul putih masih ada, Agus kenal benar sampul itu, sampul yang mengandungi surat yang dia tahu isi kandungannya, surat yang perlu dikirimkan kepada 7 orang terdekat dalam masa 24 jam.
Fikiran Agus semakin kacau, dinyalakan kembali rokok lalu dihisapnya. “ Kalau bukan Khalid? Siapa lagi?” Hati Agus terusan menuduh rakan sekerjanya yang lain cuba menakut nakutkan dia.
Siapa tak kenal Agus? dahulu dia pernah di sakat dengan jelmaan perempuan menunduk di balkoni yang rupanya adalah lakonan hambar Yaakop. Pernah juga dia berlari lintang pukang melihat hantu bungkus yang sebenarnya adalah Khalid. Dia pasti kali ini mesti kerja rakan sekerja nya juga.
“ Kau nak main gila dengan Agus ya?” senyum Agus sendiri sambil menghembuskan asap rokok nya perlahan.
***
Khalid berasa tak sedap hati bila berjalan ke tempat parkir kereta, dirinya terasa seperti diekori dari belakang. Kerap juga di menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang mengekori dia sejak dari tadi.
Timbul perasaan bersalah dalam hati Khalid bila dia teringat pertelingkahan kecil antara dia dengan Agus sebentar tadi.
“ Aku tak patut buat Agus macam tu tadi, pasal benda kecik aja kot.” fikir Khalid, perlahan dia menyeluk koceknya untuk mengambil kunci kereta.
Bamm! Satu pukulan berat singgah di kepala Khalid, Khalid tersentak sambil mengaduh kesakitan, darah merah mula mengalir deras menuruni mukanya. Sebaik sahaja Khalid berpusing untuk melihat siapa yang memukulnya dari belakang, satu hayunan deras kayu besbol hinggap betul betul di muka Khalid berkali kali, bunyi tulang belulang jelas kedengaran diikuti darah pekat yang menyembur yembur keluar dari mulut Khalid.
Tiada dengar erangan, tiada dengar jeritan. Semuanya berlaku dengan pantas. Si pelaku berjalan perlahan sambil mengheret kayu besbol yang sudah berlumuran darah merah.
“ Betul tu anak babi, kau memang tak patut buat macam tu.” menyeringai senyum dari si pelaku.
***
Agus melihat muka nya di cermin bilik air rumahnya, matanya kelihatan sembam, kurang rehat mungkin. Pantas dia membasuh muka dengan air yang mengalir sejuk. Sebaik sahaja dia keluar dari bilik air, dia terpandang sampul bewarna coklat yang terletak kemas di tepi katilnya. Mata Agus kembali melilau, dilihatnya setiap pelosok bilik kerana yang menjadi penghuni ketika itu hanyalah dirinya sahaja, tiada orang lain.

sebarkan surat ini kepada 6 kenalan anda dalam masa 24jam, musibah akan menimpa sekiranya anda mengabaikan surat ini, mohon pertimbangan.”
“ 6 orang pulak? makin pelik perangai kau ni Yaakop, nak bagi elemen seram kan?” gelak Agus sendiri sambil merebahkan dirinya di atas katil, matanya berat tiba tiba. Perlahan lahan matanya terlelap dan dia meneroka lemah di alam mimpi.
***
Yaakop kembali resah, peluh di dahinya mula merembes keluar, air mata jantannya turut mengalir deras. Dia perlu lari dari situ, ya lari sejauh mungkin. Kakinya sudah mula menunjukkan tanda tanda keletihan, dia perlu berhenti sekejap. Mengambil sedikit nafas untuk terus berlari.
Tangan kanan nya sudah lama terkulai, sudah mula membiru dan darah sudah mula kering. Libasan parang tajam tadi benar benar meninggalkan kesan yang mengerikan kepada Yaakop. Dia bersandar di belakang pohon ketapang, menarik nafas sambil menahan kesakitan yang dialami. Yaakop cuba menyusun kembali apa sebenarnya yang terjadi, dia bingung kenapa diri dia secara tiba tiba diserang?
“ Yaakop, yaakopp kau dekat mana nih? jom lah main sakat sakat,hihi.” suara yang Yaakop tidak mahu dengar tiba tiba berada betul betul berhampiran dengan pohon ketapang tempat dia bersembunyi.
Zasss! satu hayunan deras tiba tiba singgah di bahu Yaakop, terbuntang mata Yaakop melihat tangannya bergolek layu di depan nya. Yaakop terdiam, kaget. Tiba tiba dia terasa sejuk kemudian rasa sakit mula menerjah dirinya, meraung raung Yaakop menjerit menahan kesakitan, darah memancut mancut keluar dari rongga rongga yang terbuka akibat libasan parang tajam tadi.
“ Shhh, jangan menjerit Kop, nanti orang jumpa kauu, dah dah sikit aja ni, tak mau jerit yaa.” perlahan tangan si pelaku menekup mulut Yaakop.
Yaakop hanya mampu menangis sambil matanya memerhati wajah si pelaku tersebut, dia kenal benar akan si pelaku tersebut, tapi kenapa mesti dia? Mata Yaakop tiba tiba terbeliak, kesakitannya semakin bertambah, dia dapat merasakan bilah besi menembusi perutnya, perit dan makin lama makin pedih. Pandangannya mula kabur dan akhirnya segalanya gelap.
“ Darah anak haram memang busuk macam ini ke? Hanyir.” sambil berjalan lelaki tersebut tergelak kecil, makin lama makin menghilang susuk tubuhnya ditelan pekat malam.
***
“ Hoi Agus, kau takda dengar berita Khalid dengan Yaakop kena potong ka? Takut juga saya.” Linggam tiba tiba menegur Agus yang sedang termenung jauh.
“ Takda, Linggam kau pernah baca surat berantai tak? Surat yang macam ni.” Agus memberikan surat tersebut kepada Linggam. Linggam membaca setiap bait demi bait ayat yang tertera di atas kertas tersebut.
“ Annoying gila, kamu percaya ka ini macam punya surat Agus? buang sajalah.” Linggam merenyukkan kertas itu dan mencampakkannya ke dalam bakul sampah. Agus hanya memandang lemah.
“ Kau rasa aku gila ke Linggam? Fikiran aku berserabut la Linggam, siapa sebenarnya penghantar surat tu?” Agus mula bertanya pelik pelik kepada Linggam. Linggam cuma menggelengkan kepala dan menyuruh Agus jangan terlalu fikirkan hal ini.
“ Kau balik la dulu Gus, kerja kau biar aku gantikan, dah nampak tak bermaya sudah kau ini.” Linggam memberikan cadangan, sebenarnya dia risau melihat keadaan Agus yang semakin tidak terurus dan prestasinya di dalam kerja sudah mula menurun.
“ Kau memang fikir aku gila jugak kan Linggam? Kenapa kau tiba tiba nak suruh aku balik?” Mata Agus terjegil macam orang kesurupan hantu bukit. Linggam tenang sahaja, dia tahu Agus tengah celaru, di tenangkannya Agus lalu disuruh Agus pulang berehat. Dia tahu orang sebegitu perlu dijaga percakapan bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini.
Sebaik Agus keluar dari bilik, Linggam mengambil kembali surat yang dikeronyoknya sebentar tadi, fikirannya mula berkecamuk. Ayat yang dia baca tadi ditatapnya semula.
Anda penerima seterusnya, sebarkan surat ini kepada 5 orang kenalan anda dalam masa 24jam, musibah akan menimpa anda sekiranya anda mengabaikan surat ini, mohon pertimbangan.”
“ Gila.” itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Linggam. Perlahan lahan dia melangkah ke balkoni pejabat sambil tersenyum, dia menyalakan api rokok dan mula menghisap batang nikotin tersebut. Sebaik sahaja dia berpusing, tiba tiba dia merasakan tubuhnya melayang di udara dan perlahan lahan jatuh ke tingkat bawah. Kepala nya bersepai, otak nya tekeluar dari tempurung kepalanya, lantai dipenuhi dengan cebisan cebisan otak dan darah merah. Mata Linggam terbeliak, hanya dia sahaja yang tahu perasaan bertemu maut.
Di tingkat atas pejabat, kelihatan seorang lelaki sedang mengibas gibaskan jari nya sambil tersenyum.
“ Mati pecah kepala bukan pecah kelapa, Sial.”


***
Hari demi hari Agus semakin tak terurus, puas dia menghantar surat itu, tetapi surat yang sama tetap dia terima, berulang kali benda ini berlaku. “ Apa lagi kau nak? aku dah buat kan? jangan kau kacau aku lagi lah bodoh!” Agus menekup mukanya, dia duduk bersandar di penjuru bilik sambil menangis, sekejap sekejap dia ketawa sendirian.
“ Haa, apa lagi kau nak? aku dah penat hantar surat ni kau tau tak?hahahahahaha” Agus gelak serupa orang histeris, jiwanya sudah mula kacau. Dia pantas ke dapur dan mengambil sebilah pisau lalu menghunus ke hadapan biliknya. Agus benar benar hilang akal, Si Pelaku sudah berdiri tegak di hadapannya sambil menghulurkan satu sampul putih.
“ Aku taknak buat lagi lah babi! kau faham tak ? baik kau berambus sebelum aku kerja kan kau!” Agus menjerit tak tentu hala, di hayunnya pisau pemotong daging itu ke kiri dan kekanan. Hilai tawa Agus menyeramkan sesiapa sahaja kalau berada di situ. Si Pelaku masih lagi berdiri tegak di hadapannya seolah olah tiada ancaman yang diberikan.
Tiba tiba leher Agus terasa panas, kerongkong nya mula terasa perit, cairan panas dirasakan mengalir deras di lehernya. Nafasnya tersekat sekat, bunyi mengerikan kedengaran keluar dari mulut Agus. Mata Agus terkebil kebil sambil melihat Si Pelaku masih tegak berdiri di hadapannya. “ Arkkk, siapa kau sebenarnya ni?” sedaya upaya Agus bercakap. Si Pelaku tersenyum sehingga menampakkan kuning giginya lalu berkata. “ Aku Mael, si pemusnah kehidupan, bodoh!, takut kepada bayang bayang lain, kalah kepada nafsu manusia bodoh seperti kalian, bodoh yang penakut,”
Agus terbeliak kaget, Mael? Bilahan besi sejuk mula menerobos lehernya perlahan. Makin lama makin perit, Agus mendengus buat kali yang terakhir lalu dia rebah, lantai bilik sudah mula dibasahi dengan darah hanyir. Hanya kedengaran bunyi dengusan kecil yang akhirnya senyap dan semakin sunyi.
“ Merah tak sesuai dengan kau anak haram.” Mael melangkah pergi meninggalkan Agus yang terbujur kaku.

***
“ Kita kenakan si Mael nak? dia budak skema dohh, main sorang sorang, kita buat satu surat cinta kemudian kita bagi lah dekat si Tipah NgokNgek tu, biar padan muka diorang.” Agus memberi cadangan kepada kumpulannya, yang lain hanya tergelak dan mengangguk tanda setuju.
“ ke hadapan Tipah yang ku sayang, aku cinta padamu, sudah lama aku perhati kan kau, aku sayang dekat kau tahu tak Tipah? yang Ikhlas Mael.”
Esok nya, satu sekolah gelakkan Mael, bermacam macam panggilan di berikan kepada Mael sampai satu tahap Mael berhenti sekolah dan berpindah negeri, ada yang cakap Mael pindah sebab ayahnya bertukar tempat kerja, ada pula yang cakap Mael pindah sebab nak belajar ilmu hitam kemudian nak balas dendam dekat Agus, tapi tak da siapa pun tahu mengapa Mael pindah sekolah.
Yang mereka tahu, Mael hanya tinggal kan satu sampul putih yang mengandungi sepucuk surat ringkas yang tertulis sepotong ayat berbunyi,

kehadapan kalian semua, sebarkan surat ini kepada kenalan anda dalam masa 24jam, jika kalian mengabaikannya, musibah besar akan datang kepada anda, mohon pertimbangan dari kalian.”
***

Di dalam sebuah kereta, seorang budak lelaki tersenyum sambil melemparkan pandangan keluar tingkap, sakit hati nya harus dibalas, cuma masa dan ketika sahaja bakal menentukan segalanya, dia kemudian memandang ke sebelah kanan nya sambil tersenyum.
“ Kamal jangan buat Mael macam dorang tau, Kamal aja kawan yang Mael ada, sayang Kamal,heheheh.” Mael gelak seorang diri sambil berlagak ada seseorang di sebelahnya.
“ Mael, cakap dengan siapa tu nak? betul ke Mael nak pindah sekolah ni? Mael tak rindu kawan Mael nanti? Mael nak sekolah apa hari tu nak?” tanya ibunya sambil melemparkan senyuman yang manis kepada Mael yang masih bercakap seorang diri.
“ Haah, Mael nak pindah, pindah dekat sekolah simpang TUJUH sana, sana ramai kawan. Mael benci kawan sekolah lama sampai mati mak.” jawap Mael ringkas.
perlahan lahan kereta volkswagen lama itu membelok ke kiri dan meninggalkan perkarangan sekolah lama Mael.



Thursday 15 May 2014

comeback yang seramm

assalamualaikum...

haihhh, sok sek sok sek, dah lame ambe dop bukak blog ni..sekali bukak..perghhhh berhabok..siap tiup kua habok lagi tauuu...

al maklumlah, busy memanjang dengan study,study la sangotttt hakuu ni kan??hampisss...dengan final exam yang tak seberapa...memang tak laaaa..betul la ap yang senior senior cakap...makin lama makin susah sabjek ni..haku tak caye, see...sekali betul dah,terbukti semasa haku jawap exam ri tu...humakaih...yang aku tahu, isi no matrik..hahahha joke.. >_<


okey, so pas dah final exam, mule la yektiviti haku, iaitu movie marathon..wakakaka...so cite yang hagak ohsem tok aku layansss... tarraaaaa


sumber dari bername dan pacek gogel haha

hokey, ni cite Still 2, yg first nye xsempat tengok sebab tak penah tahu ade..hahah. agak ohsem la, cite dia banyak memanjat boboi kan aku..LOL...siyesly, agak bnyak jugak la haku tahan sabau..sebab ghost dia bnyak maen cak cak secara tibe tibe, mau taknye tepanjat, nak makan chikidis tetibe hantu tu kua cmtu depan skrin, uishh lemah usus la cmniy weyyy.. :D

cite ni gabungan 4 cite lah, standard kot Thai Film, main gabung gabung cite pendek jadi movee yang best. cam cite cite dulu, cam Phobia 1, Phobia 2. try la u ols tengok. tak nyesal wa cakap luu..

so, haku nak sambung balik marathon ni. so cite niyh, aku bagi rate 5 bintang Daia tok keseraman..hahaha


salam jumpe lagi yerrkkk :D

Wednesday 18 December 2013

semester baru yang agak ho liao..haha :3

assalamualaikum para oreos~~

siyes dh lama tak apdet kt blog..uah hampeh tol..baru teringat yang aku ada blog..(amnesia ke aku? T_T)

hahha masuk sem baru ni,dpt result..hampeh..makin down result..tpi still in 3pointer bhai...hahaha..syukur ke hadrat Ilahi..ilmu ni dari Yang Maha Esa..:3

so pengembaraan aku kt bumi yg fana ni trus berjalan..dulu dok hostel atau dikenali sebagai rumsis..sekarang..dah bertukar jadi rumah sewe..what dah fish?haha..yup rumah sewe..

tok pengetahuan.jangka hayat seorg student kat kolej aku.yang hanya dibenarkan dok rumsis..smpai sem 2 aje..bhaha..pastu...out..(lagu tema pelajar AF keluar berkumandang).. :3

kelas bermula agak well..okay la jugak..cuma aku still la jugak tunggu kemunculan lecturer baru..(padahal dlm hati xmo tunggu pun)

okay u ols..apdet stop here..papehal..apdet lagi..

wasalam~~salam ukhwah..:3


Saturday 13 July 2013

back to the world..bangkit dari lena~

assalamualaikum..

memang lama jari ni tak menaip..sibuk memanjang..workload bertimbun timbun..siyes ke?betul ke?boleh percaya ke?haha..terpulang lah kt korang semua nk percaya or tak..minggu depan..i mean start from tomorrow..memang pack giler bagi aku..why?why?why?

*********************************************************************************


  1. kena siapkan slide tok Dr Suhaila, lec aku tok subjek pengajian islam..tajuk?simple macam ringkas. Ancaman Sekularisme khususnya di Malaysia..nampak senang kan?esok present..tapi aku baru buat sikit..idea tak mencurah..Ya Allah Ya Rabbi, permudahkan lah aku.
  2. Poem..yes i say poem...recite poem in front of my class..if kelas aku je takpe..ni kelas gabung..di ulangi..gabung..memang hampes tol..yang aku pikir sekarang..markah..bukan markha okeyh..marks..so dengan segala tak segannya aku memilih untuk pakai poem budak form 1..apekehal nye poem budak form 1..The Dead Crow by A Samad Said..eh sukahati lah.janji daripada sasterawan negara kot..mula mula nak jugak pakai poem William Shakespeare- Sonnet 18.. kang jiwang plak..bende ni kne setel ary selasa..
  3. then, ada kuiz mikro ekonomi..peh..yang ni kena buat online..atas talian..sememangnya aku cuba tok faham subjek niyh..credit to all my frens..especially to Akhi Izzat n Akhi Saiful, dorang memang banyak membantu aku dalam subjek niyh.

so, sekarang jari aku nga menaip tok.....jap nape macam aku rasa kurang something je eh kt list tu??halamak..thesis tok Dr Suhaila...huhu T_T...haishhh takpe..kemanisan dapat dirasai daripada kepahitan sesuatu perkara..eceh wah...so..got to go now.workload menanti..apa apa t aku typing lagi kat sini..

salam ukhwah..:))

Tuesday 18 June 2013

salam..
myb dah lame ta publish something or pape kt blog ni..asik blogwalking je kt urg lain punyer..
sendiri ta update2..sadis...

first day masuk sem 2...trus g amik result bagai semua..alhamdullilh..result agak memuaskan..capai 3.40

mula mula agak terkilan lah cz ta berjaya nak hepikan hati seorang IBU..ary2 beliau berdoa tok kejayaan aq kat sinie..tapi..well u knw right?manusia juz ley mrancang..hoho uh yang tak terjongket nak capai senarai dekan..bahahaha...:}

first week mmg klas ilek..haha uh aq n bro ijat melarikan diri dari rumsis pulang ke kampung halaman..ceh ayat cam balik bercuti raya kan?cuti raya lah sangat kan..hahaha

then khamis uh aq ingat kelas takde..punyer lah ilek..then dapat text dari rakan sekelas.."jap lagi ade kelas"
omg...klas??klas mende aje plak ni..MIKROEKONOMI!! hah kau..bergegas menyiapkan diri sume sambil menelepon bro ijat yang masih mamai hanyut dibuai mimpi..hahah

n paling happening..klas uh agak enjoy n tak lame.uh yang paling hepi sangatt..tadew lah tensen mane..juz tensen cz aq niyh xd langsung basic dalam ekonomi...mse lec tnye sape xd basic..aq dengan segala bangga nya angkat tangan..hell what?juz aq n kwn aq je yg tadew basic..juz 2??yg lain sume ad..

hahah memang kna struggle habis lah dalam subjek niyh..be the best maa..tamao dah kecikkan harapan my mom..siyes deh..(cam anak soleh asal boleh je kan):>>

okeyh..next entry t aq story pasal kisah idop sem 2 ok...ingat lagi kan budak tingkat 4?king of the hill..kitorg dah pisah rumah..sedeyh medeyh maa..tp life must g on..friendship ta putus..uh ikatan yang pling kuat..pling kuat daripada simpulan pengakap mse sekolah rendah dulu..haha..

as-salam..:)

Wednesday 8 May 2013

Kehebatan Anak buah saya yang agak melampau nakalnyer...muehehehe

salam...
banyak gak en entry post aq hari nih?kali nih aq nak story skit pasal anak buah aq..my sobrino,my sobrina.

mulemule aq on lah laptop saje nak buat assignment..dorang pon datang dekat..gelak2 manje gitu cam kanak-kanak riang rebina..haha dorang dok lah kacau aq punye assignment sampai aq fedap nak buat..then aq uat2 lah keja dorang..mencicit lari ta cukop tanah..hahah

pastu aq ta pasan bile time ntah lappy aq niyh on webcam..(mybe along aq pasang kot..)nak tahu ape jadi kat dorang?

hahah..jadi camni..neok arh











haha..naseb korang lah nak buat ape..len kali buat lagi ar posing kiut korang,,hehe:))

Da Brother: Darwisy Ar Rayyan
Lil Sister: Airis Amani..

yeayyy.love u alls :))

Oktober?me?ReallY??

salam..

bonjour..

kali nih aq nak cakap pasal aq..what?OUI?takde lah juz nak kongsi jew..orang cakap orang yang lahir bulan oktober camniyh..realy kah?lets see:

Suka sembang.
Suka orang yang sayang padanya.
Suka ambil jalan tengah.
Sangat menawan & sopan santun.
Kecantikan luar & dalam.
Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan.
Sentiasa berkawan.
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
Cepat marah.
Nampak macam pentingkan diri sendiri.
Tidak menolong orang kecuali diminta.
Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
Tidak suka terima pandangan orang lain.
Emosi yang mudah terusik.
Suka berangan & pandai bercakap.
Emosi yang kelam kabut.
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
Suka melancong, bidang sastera & seni.
Pengasih, penyayang & lemah lembut.
Prihatin dalam percintaan.
Mudah terusik hati & cemburu.
Ambil berat tentang orang lain.
Suka kegiatan luar.
Orang yang adil.
Boros & mudah dipengaruhi persekitaran
Mudah patah semangat.....


p/s copy from quehanni.blogspot..

erm..ahah..lebih kurang same lah dengan aq..haish.

lastly..being yourself is the best way to prove yourself to be the best..yeayyy..(hancus mancus bi aq)