BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 2 May 2013

nah kau..sje meraban buat citer..haha


PROLOG

KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
M
alam ini dingin sekali,kesejukannya mencubit-cubit tulang Arfan Mikhail yang sedang menghirup angin malam di hadapan pantai Rantau Abang.” Awak,betul ke awak setia dan sayang saya seperti mana yang awak cakap kan tadi?” terngiang-ngiang alunan suara yang lunak dari seorang gadis sunti yang bernama Nur Zahra Alya. Gadis yang Arfan Mikhail kenal sewaktu dia di institusi pengajian tinggi, ketika dia dalam tahun pertama semester pertama mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan. Arfan Mikhail tersenyum sendirian mengenang memori indah ketika di menara gading, Nur Zahra Alya,orang yang secantik nama yang dia kenali semasa satu program suaikenal mahasiswa-mahasiswi baru.” Maafkan saya,boleh saya tanya sesuatu tak? Saya penuntut baru di sini dan tak biasa lagi dengan tempat-tempat di sini,boleh awak tunjukkan tak?”. Arfan Mikhail terkejut dengan kehadiran gadis itu, kali pertama dia menatap wajah gadis itu, dia terpaku melihat keayuan wajahnya. Arfan Mikhail terpesona melihat mata redup gadis itu,ditambah pula dengan lesung pipit yang ada apabila gadis itu tersenyum.” Assalamualaikum, awak? Hello?” tanya gadis itu lagi.” Maafkan saya,apa yang awak tanya tadi? Kafeteria kat mana ke? Sekarang kita kat kafeteria lah ni.” Jawab Arfan Mikhail tergagap-gagap.” Awak ni,entah dah sampai mana je fikiran tu melayang” gelak kecil gadis itu membalas. Arfan Mikhail hanya mampu tersengih dan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu,malunya bukan kepalang apabila diperli sedemikian. Tetapi dalam diam, Arfan Mikhail mengeluh kecil. Kenapa dan mengapa mesti muncul wajah itu, wajah yang dia amat rindu sekali, wajah yang dahulunya dia sanjung dan puja setiap masa. Wan Nor Elisya, ya wajah gadis itu amat mirip sekali dengan wajahnya. Pelanduk dua serupa ataupun ujian dari tuhan. Hal ini hanya mampu membuatkan Arfan Mikhail mengeluh, cepat-cepat dia beredar dari situ dan meninggalkan Nur Zahra Alya dengan penuh tanda tanya.” Apa salah aku sampai dia pergi macam tu aje? Dia terasa ke dengan apa yang aku tanya tadi?”. Dari pertanyaan biasa sehinggalah menjadi satu legasi antara dua insan ini. Dari hari itu Nur Zahra Alya selalu ingin berjumpa dengan Arfan Mikhail untuk bertanyakan hal yang sebenar mengapa dia selalu mengelak apabila bertembung dengan Nur Zahra Alya. Melalui hal ini jugalah, timbul bibit-bibit percintaan dalam diri Nur Zahra Alya. Mysterious,charming,cool, itulah istilah yang sesuai diberikan kepada Arfan Mikhail bagi Nur Zahra Alya. Hal ini kerana Arfan Mikhail seorang yang pendiam di dalam kelas dan hanya bersuara apabila di tanya
                            .******************************************************
Arfan Mikhail ketika ini tersenyum mengenang kisah lampaunya ketika di kerusi kampus. Sesekali dia tergelak kecil, bagi orang lain mungkin dia seperti orang gila, ya dia memang gila, Arfan Mikhail terlalu gila merindui zaman nya di kampus dahulu. Tugasan melambak, program itu ini yang kadangkala tidak masuk akal bagi dirinya. Sekarang baru dia faham, itu semua akan memberikan dia satu pengalaman yang tidak boleh dijual atau dibeli di serata pelusuk alam ini. Pengalaman mendewasakan kita,ungkapan yang sering bermain di bibir mungil seorang gadis yang dahulunya berjaya menambat hatinya tetapi dia dijemput oleh ilahi terlebih dahulu akibat satu penyakit kronik. Ungkapan penuh erti itu sekali lagi keluar di bibir seorang gadis yang mempunyai rupa paras yang sama dengan kenalannya itu. Apabila Arfan Mikhail pertama kali melihat gadis itu, hatinya tidak keruan. Bermacam-macam persoalan bermain di benaknya.” Wan Nor Elisya? Ah! Tak mungkin,adakah kerana aku terlalu merinduinya sampai terbayang-bayang wajahnya di tubuh orang lain?”. Hatinya lebih berdegup kencang apabila gadis itu mendekatinya dan bertanyakan tentang arah di kampus ini. Arfan Mikhail termenung dan menatap sepuas-puasnya wajah yang dia amat rindui hampir 2 tahun. Arfan Mikhail tidak mendengar soalan yang diajukan kepadanya dan memberikan respon yang agak kelam kabut. Sekali lagi Arfan Mikhail kaku melihat gelak tawa gadis itu.” Ya, ini memang Wan Nor Elisya! Ya Allah, aku rindukan dia!” jerit hati Arfan Mikhail, tetapi dia tidak meluahkan kepada gadis itu, takut dikatanya dia ini mereng atau sewel. Oleh sebab itu, Arfan Mikhail mengambil keputusan beredar dari situ kerana dia sedar, dia harus melupakan kisah silamnya dan harus menerima hakikat yang kasih hatinya sudah pergi menemui pencipta-Nya, yang lebih menyayanginya.
Bab 1
6 tahun sebelum
Kampus utama UNISZA
Hostel Lelaki

L
oceng jam berdering nyaring.” Ah! Bising aje lah kau ni. Nak di campak mahal” rungut Fezrul Ariffin di awal pagi.” Jam ni lain kali kau pasang amplifier  tau siap dengan set hi-fi sekali eh Arfan, biar satu hostel ni bangun” perli Fezrul Ariffin lagi. Tiba-tiba melayang bantal ke mukanya. Merah padam Fezrul Ariffin menahan pedih di mukanya.” Pedih bang? Dah,bangun lah Pejul, karang lambat pergi kelas Pn Saleha naya kita.” Jawab Arfan Mikhail tersenyum melihat wajah sahabat baiknya itu.” Baik sayang! Ishh,nasib baik kau member aku tau! Kalau tak, dah lama aku humban keluar tingkap tu sebab mengganggu ketenteraman aku terbang di alam mimpi indah” omel Fezrul Ariffin lagi. Arfan Mikhail hanya mampu menggelengkan kepala dan tersengih melihat rajuk sahabatnya itu. Fezrul Ariffin, sama sepertinya mahasiswa tahun pertama dalam kursus yang sama dengannya. Perkenalan pertamanya dengan Fezrul Ariffin ialah ketika mengikuti minggu orientasi universiti. Ketika itu Fezrul Ariffin sedang bersenda gurau dengan beberapa orang mahasiswi baru, tanggapan pertama Arfan terhadap Fezrul ialah mungkin Fezrul seorang pelajar senior dan sedang memberitahu mahasiswi-mahasiswi itu serba sedikit tentang kampus ini. Namun, sangkaannya meleset apabila melihat Fezrul lari sambil ketawa meninggalkan mahasiswi-mahasiswi itu yang kelihatan masam mencuka pada raut wajah masing-masing.” Lari kalau nak selamat geng!”. Jerit Fezrul kepada Arfan yang terpingga-pingga dengan apa yang berlaku.” Tak guna kau! Berani mainkan kitorang eh? Yang tu tandas bukannya auditorium! Penipu!”. Jerit mahasiswi-mahasiswi itu lagi tanda marah. Arfan tersengih dan tersenyum melihat telatah Fezrul berlari-lari anak sambil melambai kepada mahasiswi-mahasiswi yang baru dia kena kan sebentar tadi.” Apa salah abang? Pergi lah berkumpul dalam tu ramai-ramai.” Jawab Fezrul selamba sambil ketawa berdekah-dekah. Riang, ceria,penuh dengan humor.Arfan nampak selesa dengan perangai Fezrul. Mulai dari saat itu, Arfan dan Fezrul menjadi sahabat baik dan selalu di lihat bersama bak belangkas.
“ Hoi! Mende kau melopong lagi tu, tadi beriya sangat nak siap cepat”. Sergah Fezrul apabila melihat sahabatnya itu termenung. Arfan hanya tersenyum dan menggelengkan kepala tanda tiada apa-apa.” Jom lah,dah lambat ni”. Ajak Arfan. Mereka bergerak bersama menuju ke fakulti dengan semangat dan azam yang tinggi, maklumlah masing-masing hanya lepasan STPM sahaja,bukan seperti orang lain yang rata-ratanya datang daripada latar pendidikan yang jauh lebih bagus dari mereka berdua. ‘Arfan, kau perasan tak ade minah ni,ala yang kecik-kecik tu.” Soal Fezrul kepada Arfan.
Acuh tak acuh Arfan menjawab pertanyaan Fezrul ‘ Ohh..aha nape dengan minah tu? Hang minat ka sama dia?haha” jawab Arfan berseloroh.
‘ Takda, aku bukan pa,eh nape aku dah mule cakap utare niy..kau memang lah Arfan. Macam ni, aku perasan lah yang minah tu dok usyar kau je tau. Ada apa apa ke ni? Yelah orang tu kan charming sangat.haha” gelak Fezrul sambil. Beberapa orang mahasiswi tergelak kecil melihat perlakuan Fezrul itu. Dengan pantasnya Fezrul menjual minyak dengan cuba menyapa mahasiswi itu.
‘Hoi tak payah ah nak jual minyak dengan dorang,kau tu baru sem satu, jangan buat pasal.” Sampuk Arfan. “eleh sem satu lah ramai suka..kan awak awak semua kan? Jangan jealous ye wahai putera charming Arfan Mikhail, this all belong to me.” Gurau Fezrul sambil mengenyitkan mata kepada mahasiswi-mahasiswi yang tergelak sebentar tadi. Melihat perlakuan Fezrul, bertambah gamat lagi mahasiswi ini tertawa sambil melambai-lambai tanda membalas kenyitan nakal Fezrul.” Well im kinda like this place my bro.”kata Fezrul kepada Arfan.
Ketika Arfan memalingkan muka, lalu di hadapannya wajah yang dirindui, sangat dirindui oleh jiwa raganya,jikalau dia boleh  berteriak,sudah lama dia lakukannya. ‘Wan? Kenapa muka dia lagi? Eh tu dia ke? Perasaan aku je kut? Ye itu memang dia lah.” Bermacam macam persoalan bermain di benak Arfan sekarang.

‘ Kan aku dah cakap, kau memang ada pape dengan minah kecik tuh kan? Eh jangan nak kelentong aku lah. Niy Pejul bukan sebarang Pejul, ni Pej..” belum sempat Fezrul menghabiskan ayatnya, Arfan telah berlalu pergi meninggalkan Fezrul.
‘ Aik? Dia touching ke dengan aku? Hoi Fan,tunggu aku wei.” Jerit Fezrul sambil melangkah ke kelas mereka. Arfan berlalu tanpa berkata apa apa kerana dia terbayangkan wajah gadis yang lalu di hadapan dia sebentar tadi

-to be continued-

haha..raban2 jew aq buat..:))






0 comments: