SURAT
Oleh : Berg
Loqlaq
“Sebarkan
surat ini kepada 7 kenalan anda dalam masa 24 jam,musibah akan menimpa
sekiranya anda mengabaikan surat ini, mohon pertimbangan.”
Sehelai
kertas putih dikeronyok lalu dibuang ke dalam bakul sampah di sebelahnya, Agus
menghela nafas panjang, masuk kali ini sudah berpucuk pucuk surat telah dia
terima, entah dari siapa, entah apa tujuan surat di hantar kepadanya pun dia
tidak tahu. Agus merenung lama bakul sampah yang sudah penuh dengan surat surat
berantai tersebut, kemudian dia menggeleng lemah.
“
Siapa lah yang bodoh sangat buat kerja tak berpekdah ni, musibah konon,musibat
adalah.Babi.” geram, tapi dalam geram Agus terselit juga perasaan cuak, mana
tahu musibah bakal menimpa dirinya kalau dia tidak mengikut arahan surat
tersebut.
Dalam
fikiran Agus bermacam macam andaian telah dia buat, siapa yang cuba menakut
nakut kan dia, siapa yang cuba nak mempermain mainkan dia. Khalid? Yaakop? Atau
pun Linggam? nama sahaja rakan sekerja, tetapi perangai tak pernah nak sebulu,
asyik nak mengenakan orang sahaja. Perlahan Agus membakar rokok dan mula
menghisap, asap dihembus perlahan.
“
Sial.” Agus melemparkan pandangan ke luar tingkap, gelap.
***
“
Agus, apa ni, betul bukan aku buat lah, takkan lah aku nak main main kan kau?
Aku kan kawan kau, surat bodoh mana yang kau cakap ni? Aku tak faham lah.”
Khalid menepis tangan Agus yang sudah mula menarik kolar baju Khalid.
“
Habis kalau bukan kau sapa? Dalam ofis ni, kau dengan aku ja yang selalu stay
lewat malam tau tak? Tak kan Mak Cik Som yang hantar.” Agus sudah seperti orang
hilang akal, di rentapnya kolar baju Khalid sekasar kasarnya.
“
Bukan aku lah bodoh! Buang masa aku lah buat benda tu, dah lah, aku malas nak
layan kau, emosi tak stabil, gila!” ditolaknya Agus ke dinding lalu Khalid
beredar dari situ. Agus mendengus marah, “ Gila? Emosi tak stabil? Heh, korang
jangan cuba nak takut takutkan aku lah, ini Agus, anak lelaki sejati.” Agus
bercakap seorang diri sambil menghenyakkan badannya di sofa pejabat.
Agus
merenung meja kerjanya, sampul putih masih ada, Agus kenal benar sampul itu,
sampul yang mengandungi surat yang dia tahu isi kandungannya, surat yang perlu
dikirimkan kepada 7 orang terdekat dalam masa 24 jam.
Fikiran
Agus semakin kacau, dinyalakan kembali rokok lalu dihisapnya. “ Kalau bukan
Khalid? Siapa lagi?” Hati Agus terusan menuduh rakan sekerjanya yang lain cuba
menakut nakutkan dia.
Siapa
tak kenal Agus? dahulu dia pernah di sakat dengan jelmaan perempuan menunduk di
balkoni yang rupanya adalah lakonan hambar Yaakop. Pernah juga dia berlari
lintang pukang melihat hantu bungkus yang sebenarnya adalah Khalid. Dia pasti
kali ini mesti kerja rakan sekerja nya juga.
“
Kau nak main gila dengan Agus ya?” senyum Agus sendiri sambil menghembuskan
asap rokok nya perlahan.
***
Khalid
berasa tak sedap hati bila berjalan ke tempat parkir kereta, dirinya terasa
seperti diekori dari belakang. Kerap juga di menoleh ke belakang untuk melihat
siapa yang mengekori dia sejak dari tadi.
Timbul
perasaan bersalah dalam hati Khalid bila dia teringat pertelingkahan kecil
antara dia dengan Agus sebentar tadi.
“
Aku tak patut buat Agus macam tu tadi, pasal benda kecik aja kot.” fikir
Khalid, perlahan dia menyeluk koceknya untuk mengambil kunci kereta.
Bamm!
Satu pukulan berat singgah di kepala Khalid, Khalid tersentak sambil mengaduh
kesakitan, darah merah mula mengalir deras menuruni mukanya. Sebaik sahaja
Khalid berpusing untuk melihat siapa yang memukulnya dari belakang, satu
hayunan deras kayu besbol hinggap betul betul di muka Khalid berkali kali,
bunyi tulang belulang jelas kedengaran diikuti darah pekat yang menyembur
yembur keluar dari mulut Khalid.
Tiada
dengar erangan, tiada dengar jeritan. Semuanya berlaku dengan pantas. Si pelaku
berjalan perlahan sambil mengheret kayu besbol yang sudah berlumuran darah
merah.
“
Betul tu anak babi, kau memang tak patut buat macam tu.” menyeringai senyum
dari si pelaku.
***
Agus
melihat muka nya di cermin bilik air rumahnya, matanya kelihatan sembam, kurang
rehat mungkin. Pantas dia membasuh muka dengan air yang mengalir sejuk. Sebaik
sahaja dia keluar dari bilik air, dia terpandang sampul bewarna coklat yang
terletak kemas di tepi katilnya. Mata Agus kembali melilau, dilihatnya setiap
pelosok bilik kerana yang menjadi penghuni ketika itu hanyalah dirinya sahaja,
tiada orang lain.
“
sebarkan surat ini kepada 6 kenalan anda dalam masa 24jam, musibah akan menimpa
sekiranya anda mengabaikan surat ini, mohon pertimbangan.”
“ 6
orang pulak? makin pelik perangai kau ni Yaakop, nak bagi elemen seram kan?”
gelak Agus sendiri sambil merebahkan dirinya di atas katil, matanya berat tiba
tiba. Perlahan lahan matanya terlelap dan dia meneroka lemah di alam mimpi.
***
Yaakop
kembali resah, peluh di dahinya mula merembes keluar, air mata jantannya turut
mengalir deras. Dia perlu lari dari situ, ya lari sejauh mungkin. Kakinya sudah
mula menunjukkan tanda tanda keletihan, dia perlu berhenti sekejap. Mengambil
sedikit nafas untuk terus berlari.
Tangan
kanan nya sudah lama terkulai, sudah mula membiru dan darah sudah mula kering.
Libasan parang tajam tadi benar benar meninggalkan kesan yang mengerikan kepada
Yaakop. Dia bersandar di belakang pohon ketapang, menarik nafas sambil menahan
kesakitan yang dialami. Yaakop cuba menyusun kembali apa sebenarnya yang
terjadi, dia bingung kenapa diri dia secara tiba tiba diserang?
“
Yaakop, yaakopp kau dekat mana nih? jom lah main sakat sakat,hihi.” suara yang
Yaakop tidak mahu dengar tiba tiba berada betul betul berhampiran dengan pohon
ketapang tempat dia bersembunyi.
Zasss!
satu hayunan deras tiba tiba singgah di bahu Yaakop, terbuntang mata Yaakop
melihat tangannya bergolek layu di depan nya. Yaakop terdiam, kaget. Tiba tiba
dia terasa sejuk kemudian rasa sakit mula menerjah dirinya, meraung raung
Yaakop menjerit menahan kesakitan, darah memancut mancut keluar dari rongga
rongga yang terbuka akibat libasan parang tajam tadi.
“
Shhh, jangan menjerit Kop, nanti orang jumpa kauu, dah dah sikit aja ni, tak
mau jerit yaa.” perlahan tangan si pelaku menekup mulut Yaakop.
Yaakop
hanya mampu menangis sambil matanya memerhati wajah si pelaku tersebut, dia
kenal benar akan si pelaku tersebut, tapi kenapa mesti dia? Mata Yaakop tiba
tiba terbeliak, kesakitannya semakin bertambah, dia dapat merasakan bilah besi
menembusi perutnya, perit dan makin lama makin pedih. Pandangannya mula kabur
dan akhirnya segalanya gelap.
“
Darah anak haram memang busuk macam ini ke? Hanyir.” sambil berjalan lelaki
tersebut tergelak kecil, makin lama makin menghilang susuk tubuhnya ditelan
pekat malam.
***
“
Hoi Agus, kau takda dengar berita Khalid dengan Yaakop kena potong ka? Takut
juga saya.” Linggam tiba tiba menegur Agus yang sedang termenung jauh.
“
Takda, Linggam kau pernah baca surat berantai tak? Surat yang macam ni.” Agus
memberikan surat tersebut kepada Linggam. Linggam membaca setiap bait demi bait
ayat yang tertera di atas kertas tersebut.
“
Annoying gila, kamu percaya ka ini macam punya surat Agus? buang sajalah.” Linggam
merenyukkan kertas itu dan mencampakkannya ke dalam bakul sampah. Agus hanya
memandang lemah.
“
Kau rasa aku gila ke Linggam? Fikiran aku berserabut la Linggam, siapa
sebenarnya penghantar surat tu?” Agus mula bertanya pelik pelik kepada Linggam.
Linggam cuma menggelengkan kepala dan menyuruh Agus jangan terlalu fikirkan hal
ini.
“
Kau balik la dulu Gus, kerja kau biar aku gantikan, dah nampak tak bermaya
sudah kau ini.” Linggam memberikan cadangan, sebenarnya dia risau melihat
keadaan Agus yang semakin tidak terurus dan prestasinya di dalam kerja sudah
mula menurun.
“
Kau memang fikir aku gila jugak kan Linggam? Kenapa kau tiba tiba nak suruh aku
balik?” Mata Agus terjegil macam orang kesurupan hantu bukit. Linggam tenang
sahaja, dia tahu Agus tengah celaru, di tenangkannya Agus lalu disuruh Agus
pulang berehat. Dia tahu orang sebegitu perlu dijaga percakapan bagi
mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini.
Sebaik
Agus keluar dari bilik, Linggam mengambil kembali surat yang dikeronyoknya
sebentar tadi, fikirannya mula berkecamuk. Ayat yang dia baca tadi ditatapnya
semula.
“ Anda
penerima seterusnya, sebarkan surat ini kepada 5 orang kenalan anda dalam masa
24jam, musibah akan menimpa anda sekiranya anda mengabaikan surat ini, mohon
pertimbangan.”
“ Gila.”
itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Linggam. Perlahan lahan dia melangkah ke
balkoni pejabat sambil tersenyum, dia menyalakan api rokok dan mula menghisap
batang nikotin tersebut. Sebaik sahaja dia berpusing, tiba tiba dia merasakan
tubuhnya melayang di udara dan perlahan lahan jatuh ke tingkat bawah. Kepala
nya bersepai, otak nya tekeluar dari tempurung kepalanya, lantai dipenuhi
dengan cebisan cebisan otak dan darah merah. Mata Linggam terbeliak, hanya dia
sahaja yang tahu perasaan bertemu maut.
Di
tingkat atas pejabat, kelihatan seorang lelaki sedang mengibas gibaskan jari
nya sambil tersenyum.
“
Mati pecah kepala bukan pecah kelapa, Sial.”
***
Hari
demi hari Agus semakin tak terurus, puas dia menghantar surat itu, tetapi surat
yang sama tetap dia terima, berulang kali benda ini berlaku. “ Apa lagi kau
nak? aku dah buat kan? jangan kau kacau aku lagi lah bodoh!” Agus menekup
mukanya, dia duduk bersandar di penjuru bilik sambil menangis, sekejap sekejap
dia ketawa sendirian.
“
Haa, apa lagi kau nak? aku dah penat hantar surat ni kau tau tak?hahahahahaha”
Agus gelak serupa orang histeris, jiwanya sudah mula kacau. Dia pantas ke dapur
dan mengambil sebilah pisau lalu menghunus ke hadapan biliknya. Agus benar
benar hilang akal, Si Pelaku sudah berdiri tegak di hadapannya sambil
menghulurkan satu sampul putih.
“
Aku taknak buat lagi lah babi! kau faham tak ? baik kau berambus sebelum aku
kerja kan kau!” Agus menjerit tak tentu hala, di hayunnya pisau pemotong daging
itu ke kiri dan kekanan. Hilai tawa Agus menyeramkan sesiapa sahaja kalau
berada di situ. Si Pelaku masih lagi berdiri tegak di hadapannya seolah olah
tiada ancaman yang diberikan.
Tiba
tiba leher Agus terasa panas, kerongkong nya mula terasa perit, cairan panas
dirasakan mengalir deras di lehernya. Nafasnya tersekat sekat, bunyi mengerikan
kedengaran keluar dari mulut Agus. Mata Agus terkebil kebil sambil melihat Si
Pelaku masih tegak berdiri di hadapannya. “ Arkkk, siapa kau sebenarnya ni?”
sedaya upaya Agus bercakap. Si Pelaku tersenyum sehingga menampakkan kuning
giginya lalu berkata. “ Aku Mael, si pemusnah kehidupan, bodoh!, takut kepada
bayang bayang lain, kalah kepada nafsu manusia bodoh seperti kalian, bodoh yang
penakut,”
Agus
terbeliak kaget, Mael? Bilahan besi sejuk mula menerobos lehernya perlahan.
Makin lama makin perit, Agus mendengus buat kali yang terakhir lalu dia rebah,
lantai bilik sudah mula dibasahi dengan darah hanyir. Hanya kedengaran bunyi
dengusan kecil yang akhirnya senyap dan semakin sunyi.
“
Merah tak sesuai dengan kau anak haram.” Mael melangkah pergi meninggalkan Agus
yang terbujur kaku.
***
“
Kita kenakan si Mael nak? dia budak skema dohh, main sorang sorang, kita buat
satu surat cinta kemudian kita bagi lah dekat si Tipah NgokNgek tu, biar padan
muka diorang.” Agus memberi cadangan kepada kumpulannya, yang lain hanya
tergelak dan mengangguk tanda setuju.
“
ke hadapan Tipah yang ku sayang, aku cinta padamu, sudah lama aku perhati kan
kau, aku sayang dekat kau tahu tak Tipah? yang Ikhlas Mael.”
Esok
nya, satu sekolah gelakkan Mael, bermacam macam panggilan di berikan kepada
Mael sampai satu tahap Mael berhenti sekolah dan berpindah negeri, ada yang
cakap Mael pindah sebab ayahnya bertukar tempat kerja, ada pula yang cakap Mael
pindah sebab nak belajar ilmu hitam kemudian nak balas dendam dekat Agus, tapi
tak da siapa pun tahu mengapa Mael pindah sekolah.
Yang
mereka tahu, Mael hanya tinggal kan satu sampul putih yang mengandungi sepucuk
surat ringkas yang tertulis sepotong ayat berbunyi,
“
kehadapan kalian semua, sebarkan surat ini kepada kenalan anda dalam masa
24jam, jika kalian mengabaikannya, musibah besar akan datang kepada anda, mohon
pertimbangan dari kalian.”
***
Di
dalam sebuah kereta, seorang budak lelaki tersenyum sambil melemparkan
pandangan keluar tingkap, sakit hati nya harus dibalas, cuma masa dan ketika
sahaja bakal menentukan segalanya, dia kemudian memandang ke sebelah kanan nya
sambil tersenyum.
“
Kamal jangan buat Mael macam dorang tau, Kamal aja kawan yang Mael ada, sayang
Kamal,heheheh.” Mael gelak seorang diri sambil berlagak ada seseorang di
sebelahnya.
“
Mael, cakap dengan siapa tu nak? betul ke Mael nak pindah sekolah ni? Mael tak
rindu kawan Mael nanti? Mael nak sekolah apa hari tu nak?” tanya ibunya sambil melemparkan
senyuman yang manis kepada Mael yang masih bercakap seorang diri.
“
Haah, Mael nak pindah, pindah dekat sekolah simpang TUJUH sana, sana ramai
kawan. Mael benci kawan sekolah lama sampai mati mak.” jawap Mael ringkas.
perlahan
lahan kereta volkswagen lama itu membelok ke kiri dan meninggalkan perkarangan
sekolah lama Mael.